4 Lelaki
Lelaki itu ada 4
Pertama,
Dia itu berilmu dan dia tahu dia berilmu.
Dekati dirinya,kamu akan dapat manfaat daripadanya
Kedua,
dia itu berilmu tapi dia tak tahu dia berilmu.
Ingatkannya kerana dia lupa dan lalai
Ketiga,
dia itu jahil tapi dia tahu dia itu jahil(Jahil Basit)
Ajarkan dia,kerana dia mencari petunjuk
Keempat,
lelaki itu jahil tapi dia tak tahu dia itu jahil.
Jauhkan diri daripadanya kerana dia itu Jahil Murakab
-------------------------------------------------------------
Jahil Basit disini bawa maksud seseorang itu tahu dia tak tahu sesuatu perkara.Contoh kita tanya,berapa rakaat solat Zohor? atau berapa jauh Kuantan ke Melaka? maka dia akan jawab, tak tahu.Orang seperti ini sedar akan kelemahan dirinya dan boleh diubati
Jahil Murakab pula disama ertikan dengan jahil berlapis = orang jahil tapi menyangka dirinya pandai seperti orang jahil dalam agama tetapi takwil sendiri amalan agama dan mengatakan ulama itu salah atau seorang pesakit yang tak tahu dirinya berpenyakit malah menyalahkan doktor dan mengatakan doktor itu yang berpenyakit.
Moga kita semua memelihara diri kita dan sentiasa rajin untuk menuntut ilmu.
haza walillahi taufiq
(pengajian Syeikh Husni Ginting )
Comments
Post a Comment