Aku dan Perlis


Assalamualaikum.

selepas menonton short film Pasport Ekspres,saya decide untuk ke perlis bagi cari inspirasi,memulakan episod baru.
Di Perlis,saya dan adik menginap di rumah sahabat saya,Anas

melewati sawah-sawah,
kawasan perkampungan,
suasananya,orang-orang kat sana
semuanya berbeza daripada negeri pantai timur
kanak-kanak kat sini masih bermain permainan tradisi,berbeza kat tempat saya yang berusia 2 tahun dah main Ipad.

Banyak perkara yang mengajarku lagi2 erti Kesederhanaan
Saya terfikir,macam mana keluarga dia boleh survive dalam dunia serba moden dan mewah ni?

Tak kaya,tapi cukup untuk keluarga
cukup untuk hidup
tanpa dibebani masalah kewangan yang rata2 penduduk kawasan bandar hadapi

Benarlah,kebahagiaan itu bukan terletak pada wang

Mengenali budaya disini
Mengenali wahabi disini
Sama sekali berbeza
5 hari disini cukup bermakna

Kita tak perlu mengeluh dengan kesusahan yang kita ada sedangkan ada orang yang lebih susah daripada kita.

Erti hidup dengan bersyukur dengan apa yang ada.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?



Comments

Post a Comment

Popular Posts