Marah?!

Assalamualaikum dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW

Sabda Nabi SAW dalam satu hadis:

"Jagalah dirimu dari ghadab (marah), kerana ia laksana bara api yang dinyalakan di dalam hati manusia.Bukankah kamu melihat mengembangnya leher dan merahnya kedua biji matanya?"

Perasaan marah adalah daripada syaitan :

Apabila seseorang itu di dalam keadaan marah, syaitan menguasai dirinya sehingga sanggup melakukan perkara di luar batas kemanusiaan. Perkara ini boleh diatasi dengan membaca 'istighfar' .

Sulaiman Bin Surd berkata ;

Ketika aku sedang duduk bersama Nabi SAW, terdapat dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang daripada mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul.

Maka Nabi SAW bersabda ;

" Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah 'A'uzubillahi minash syaitan' nescaya kemarahannya akan hilang. "
( Imam al-Bukhari)





p/s: :] tgh blaja colour,

Comments

Popular Posts