Kabur

Sejarah itu tak dapat dipadam
Walau aku koyak lembaran lama
Walau aku hirau segala lintasan
Walau aku mulakan lembaran baru

Aku

Aku jadikan ia titik perubahan
Kerna ia hadiah daripada Tuhan
Kala rentak hidupku penuh pasrah
Dia selimutiku dengan hidayah
Aku berharap terus istiqamah
Dan terus mengenali-Mu Ya Allah

Anehnya bisa menegur tapi bila ditegur sangat pedih
Ya,aku terima dan aku mula melangkah kembali
Kerna sifat manusia itu tidak sempurna 
Hanya bergerak ke arah kesempurnaan

Anehnya, dakwah itu mudah,istiqamah itu susah
Hela nafas yang ku ada kini ku iringi
Jalan pulang bersama duri

Cengkaman hati yang berbaris
Menuntut jahiliah tuk dikikis
Sebelum akhir hayat diri terhakis



Comments

  1. subhanallah..

    moga terus kuatlah kamu ubay. go dragon!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak,
    insyaAllah..
    dragon?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts