Langkah

Bergeraknya pasukan
Pasukan itu semakin lemah
Daie itu mengeluh
Dan dia mencari apa aib sehingga gagal dakwahnya
Dia menegur adik usrah yang tidak serius
Dia menegur ahli jemaah banyak bergurau
Katanya ikhlaskan hatimu wahai teman
Jangan sampai sebabkanmu, dakwah jemaah ini tidak menjadi
Dia semakin giat mencari
Dan mencari
Dimana kesalahan dan aib jemaah
Seolah-olah dia sudah sempurna
Dan bagaimana kamu fikir kamu sempurna?
Tanpamu Islamkan tetap membangun
Tanpa Islam dirimu pastikan jatuh
Dan bagaimana kamu fikir kamu yang terbaik?
Tidak
Barangkali kamu tertipu dengan dirimu
Dan hanya mengira berapa usrah yang dibawa olehmu
Dan berapa jalan yang kau lalui
Dan bagaimana kamu fikir kamu yang terbaik?
Kita ini tetap manusia
Apapun ibadat yang dilakukan itu adalah kurniaan Allah
Jika kamu usaha apapun nescaya takkan berhasil tanpa kehendak-Nya
Dan bagaimana kamu fikir kamu yang terbaik?

Astaghfirullahaladzim

Comments

  1. dlm sense tertentu, tak salah nk fikir sbg yg terbaik. Motivasi drp Allah '_'

    "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."

    Surah Al-Imran, ayat 110

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts