Oh! diriku




Wahai diri! sudahkah kau bersedia?
Betapa banyak dosa yang kau kumpulkan
Berapa kalikah kau bertaubat?
Berapa kalikah kau sedar akan kehadiran maut?
Duhai kesakitan maut sehingga kiamat
Diriku,Diriku yang sering dilalaikan
dengan tipuan dunia dan nafsu
Mengapaku kembali kepada Tuhanku setelah berasa susah
Dimanakah diriku setelah ku senang
Bilakah roh ini ....

Diriku,Diriku
Jangan kau ditipu dengan ratanya kubur itu
Alangkah bezanya satu penghuni dengan penghuni yang lain
Tidakkah kau persiapkan dirimu?
Wahai diriku

Alangkah ruginya diri ini,setiap nafas mendekatkanku kepada kematian
Alangkah ruginya diri ini,Izrail sedang memerhatiku
Alangkah ruginya diri ini...jika daku ...

Tuhanku...ampunilah aku

Comments

  1. oh diriku juga..

    hm..nice artwork =)
    *thumbs up

    -aKane-

    ReplyDelete
  2. guna microsoft paint je ^_^

    ReplyDelete
  3. oh igt skecth kemudian edit guna photoshop..maaf ya..anyway keep it up! nnt kita tak tahu bakal assignment kita mcm mana dkt u nnt..practise ja apa2 yg patut..aha

    -aKane-

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts