Apa itu Lukisan?

Kenapa entri kali ini berbeza pula? Inilah apa yang saya belajar jadi mungkin satu hari nanti boleh tulis assignment ke(huhu)....Bismillahirrahmanirrahim
selawat ke atas nabi SAW

Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus. Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang. Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.

Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.

Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia. Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia.

Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

Comments

  1. wah cayalah!

    awal2 lagi dah buat preparation untuk assignment XP

    bagus! go go chayo!

    mcm saya kan..lukis sbb suka2 n sesaja tp x pernah plk melukis yg menggambarkan emosi..haha..x pandai

    -aKane-

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts