Pages

Sunday, March 17, 2013

Lama..


Assalamualaikum

lama rasanya tak update post
berkelana di bumi Allah
memperbaiki diri
mencari ilmu
bagi bekalan diri ini

InsyaAllah
saya akan bersama sahabat-sahabat dari UIA untuk menguruskan UIA Kuantan Berselawat.
Sekarang ni,masih dalam persediaan,memandangkan program berkenaan bermula pada 5-13 April 2013.
Jadi pada sesiapa yang berkelapangan,boleh la hadir.
Turut ada: pengajian talaqqi (setiap malam) dan macam-macam lagi (seperti Mawlid Akbar)
InsyaAllah akan turut hadir,Al Habib Ali Zaenal Abidin dan ramai lagi
Saya akan turut hadir disana sepanjang tempoh itu.InsyaAllah
Sekarang ni sedang mengusahakan penggambaran Street Tazkirah untuk hari berkenaan.
InsyaAllahu taala,doakan saya ya? 

Klik gambar untuk Zoom


Akhirul kalam,
saya ada anjurkan daurah di Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha'.Sungai Udang,Melaka.
InsyaAllah,bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari agama dengan lebih mendalam,boleh hubungi nombor berkenaan.

Klik gambar untuk Zoom

Jazakumullahu khairan
^_^




Cinta Dia


'Anta ma'a man ahbabta'

Kamu akan bersama dengan sesiapa yang kamu cintai.

Cinta abang gangnam,hari akhirat kumpul dengan abang gangnam.

Cinta pelakon korea,bersama pelakon korea nanti

Cinta abang harlem shake,kumpul dengan harlem shake

Cintakan Rasulullah,bersama Rasulullah dihari akhirat kelak.

-----------------

Lihat diri kita kembali,
siapa yang kita cinta dan jadikan idola?




Friday, November 30, 2012

Aku dan Perlis


Assalamualaikum.

selepas menonton short film Pasport Ekspres,saya decide untuk ke perlis bagi cari inspirasi,memulakan episod baru.
Di Perlis,saya dan adik menginap di rumah sahabat saya,Anas

melewati sawah-sawah,
kawasan perkampungan,
suasananya,orang-orang kat sana
semuanya berbeza daripada negeri pantai timur
kanak-kanak kat sini masih bermain permainan tradisi,berbeza kat tempat saya yang berusia 2 tahun dah main Ipad.

Banyak perkara yang mengajarku lagi2 erti Kesederhanaan
Saya terfikir,macam mana keluarga dia boleh survive dalam dunia serba moden dan mewah ni?

Tak kaya,tapi cukup untuk keluarga
cukup untuk hidup
tanpa dibebani masalah kewangan yang rata2 penduduk kawasan bandar hadapi

Benarlah,kebahagiaan itu bukan terletak pada wang

Mengenali budaya disini
Mengenali wahabi disini
Sama sekali berbeza
5 hari disini cukup bermakna

Kita tak perlu mengeluh dengan kesusahan yang kita ada sedangkan ada orang yang lebih susah daripada kita.

Erti hidup dengan bersyukur dengan apa yang ada.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?



Friday, October 26, 2012

Erti



Ini bukan saya punya,
milik kawan saya 
>> Muhammad Zulhafiz <<
Satu perkara yang saya suka tentang diri dia,walaupun peribadinya 'hardcore' 
tapi sangat menjaga hubungan dengan rakan.Protective
Ya ke? 
Dah 5 semester,satu kelas
look on a good side of person not bad,right?
thanks for the reminder,i love all of his islamic works
Semoga Allah merahmati perjalanan hidupmu heskey(Zulhafiz)

Yang terhutang budi

-ubay


-------------------

hari ni hari lahir saya 
:)

Saturday, October 20, 2012

Steps

Habis
Tamat

Alhamdulillah,
baru tamat pengajian diploma
syukur sangat
-----------------------
maaf terlalu sibuk untuk semester akhir ni
saya dan rakan sempat hasilkan video muzik animasi atas permintaan Raihan
lagu kanak-kanak
 - Rukun Islam -



p/s : Karya seterusnya akan berada dalam satu pertandingan.Doakan saya ya?
InsyaAllah
^^


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails